Explorace Games

Hai semua. Ini adalah explorace games yang pernah digunakan di AsiaCamp. Games ini dipecahkan kepada 14 tugasan. Setiap tugasan memiliki objektif dan cara melaksanakannya.

Organizer boleh memilih sendiri untuk melakukan aktiviti explorace dengan cara tersendiri. Cubalah menggunakan game explorace ini untuk program-program di kem

MODULE 1

  • Semua kumpulan bermula dari Control Centre (CC)
  • Setiap Checkpoint (CC) akan dijaga oleh seorang fasilitator
  • Di permulaan perlumbaan, setiap kumpulan akan diberikan:
    1. Kertas mengandungi soalan-soalan (PASS) yang perlu dijawab. Kumpulan wajib menjawab kesemua soalan yang ada. Kertas soalan hendaklah diserahkan ke CC pada akhir perlumbaan.
    2. Klu untuk semua CP.
      • Kumpulan perlu menyelesaikan klu yang diberi untuk mengetahui lokasi CP.
      • Kumpulan boleh memilih untuk pergi ke mana-mana CP yang ada
  • Setiap CP akan menyediakan 1 tugasan yang wajib diselesaikan oleh kumpulan
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan:
    1. Kumpulan terpantas menamatkan kesemua CP dengan syarat telah menjawab dengan betul semua soalan di dalam PASS ATAU
    2. Sekiranya masa yang diperuntukkan telah tamat, kumpulan yang menamatkan paling banyak CP dengan syarat telah menjawab dengan betul semua soalan di dalam PASS.

MODULE 2

  • Semua kumpulan bermula dari lokasi yang sama.
  • Di permulaan perlumbaan, setiap kumpulan akan diberikan 1 klu untuk mencari fasilitator yang akan mengiringi pergerakan kumpulan masing-masing di sepanjang perlumbaan berjalan. (seorang fasilitator akan mengiringi 1 kumpulan)
  • Setelah berjaya mendapatkan fasilitator yangditetapkan, fasilitator tersebut akan memberikan klu untuk ke CP yang pertama
  • Fasilitator akan memantau kumpulan semasa melakukan tugasan di CP
  • Selepas berjaya menyelesaikan tugasan, fasilitator akan memberikan klu untuk ke CP seterusnya
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan:
    • Masa yang diambil untuk menamatkan kesemua CP
    • Kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan dinilaikan oleh fasilitator di sepanjang perlumbaan e.g.:
      • Kerjasama kumpulan
      • Toleransi sesama ahli kumpulan
      • Kepimpinan
      • Semangat (memberi semangat kepada rakan-rakan / keinginan untuk Berjaya etc)
      • Sorak kumpulan

TUGASAN di CHECKPOINT

  1. Basic Orienteering
  • Peralatan & persiapan:
    • Cawan kertas (penanda)
    • Kad soalan
    • Petak permainan 20 kaki X 20 kaki
  • Dimainkan di luar luar dewan.
  • Anggaran luas kawasan diperlukan = 30 kaki X 30 kaki
  • Beberapa orang ahli kumpulan dikehendaki pergi ke penanda-penanda tertentu dan membacakan nombor yang terdapat pada penanda tersebut.
  • Pergerakan dari penanda ke penanda adalah berdasarkan arahan yang diberikan oleh ahli kumpulan yang berada di tepi petak permainan.
  1. Centipade
  • Peralatan & Persiapan:
    • – tiada –
  • Dalam kedudukan duduk (seperti bersila) sambil kaki mengepit pinggang peserta yang dihadapan dalam satu barisan peserta diarahkan melalui laluan yang telah di tetapkan dengan mengunakan tangan.
  1. Batton Telematch
  • Melibatkan beberapa permainan sukaneka yang dijalankan secara berterusan. 
  1. Blind Maze
  • Peralatan & Persiapan:
    • – tiada –
  • Seorang wakil daripada peserta akan mengarahkan laluan kepada rakan pesertanya dari luar maze sehingga kesemua peserta kumpulannya keluar daripada maze.
  1. Obstacle Course
  • Peralatan & Persiapan
    • – tiada –
  • Melalui halangan di lapangan obstacle course yang telah ditetapkan
  1. Bowling Padang
    • Peralatan & Persiapan
      1. Buah kelapa
      2. Botol kosong
    • Peserta bermain permainan bowling menggunakan buah kelapa sebagai bola bowling dan botol kosong sebagai pin
  1. Marbles
    • Peralatan & Persiapan
      1. Guli & tempat congkak
    • Peserta dikehendaki bermain congkak dalam kumpulan masa yang diberikan hanya 5 minit untuk menyelesaikan permainan
  1. Tugu Negara
    • Peralatan & Persiapan
      1. Gambar tugu negara
    • Ahli kumpulan perlu menyusun kedudukan semua ahli kumpulan menjadi seperti tugu Negara
  1. Timang bola takraw
    • Peralatan & Persiapan:
      1. Bola takraw
    • Kumpulan dikehendaki menimang bola takraw tanpa menjatuhkan bola itu mengikut jumlah ahli kumpulan.
    • Setiap ahli kumpulan mesti menimang sekurang-kurangnya sekali.
  1. Tali Skipping
    • Peralatan & Persiapan:
      1. Tali static sebagai tali skipping
    • 2 orang ahli kumpulan akan memusingkan tali skipping dan semua ahli kumpulan lain mesti melompat di dalam tali sebanyak 5 kali.
  1. Bingo (WAN)
  2. Kaching
  3. 15
    • Peralatan & Persiapan
      1. 9 keping kad yang bernombor dari 1 – 9
    • Kumpulan di kehendaki menyusun 9 keping kad di dalam kedudukan grid 3 X 3 dengan syarat:
      1. Jumlah hasil campur nombor pada kad di setiap barisan menegak ialah 15
      2. Jumlah hasil campur nombor pada kad di setiap barisan mendatar ialah 15
  • Jumlah hasil campur nombor pada kad di barisan dari grid 1,1 ke grid 3,3 ialah 15
  1. Jumlah hasil campur nombor pada kad di barisan dari grid 3,1 ke 1,3 ialah 15

 

  1. Fear In the Box
    • Peralatan & Persiapan
      1. Kotak 3 kaki X 2 kaki X 2 kaki
      2. Serangga yang sesuai e.g. cengkerik, cacing
  • Bola pingpong