Profil

PENGENALAN

AsiaCamp kendalian Asia Camp Sdn. Bhd (1240440-X) memiliki kepakaran dalam menguruskan aktiviti kerohanian & rekreasi. Kami percaya setiap kursus yang direncana mampu memberi impak kepada perkembangan sosial peserta terutama kepada remaja.

 

Aktiviti dirangka khusus bukan sahaja semata-mata kepada keseronokan tetapi ke arah menyediakan modal insan yang berkualiti selaras dengan kehendak kerajaan ke arah melahirkan modal insan cemerlang, gemilang & terbilang. Untuk itu, kami sedia menawarkan khidmat profesional dan modul kepada masyarakat dimana-mana sahaja kerana kami percaya bahawa jalan ini mampu memberi anjakan kepada minda masyarakat untuk menjadi masyarakat yang madani dan memahami rukun kenegaraan.

 

Kami berasa bertuah kerana menjadi salah sebuah badan korporat yang menjadi peneroka dalam menggabungkan elemen rekreasi dan rohani serta diadun mengikut modul yang ditetapkan oleh jurulatih bertauliah. Semoga kepakaran ini dapat dimanfaatkan dengan baik dan kami berharap mendapat kepuasan seranta semua pihak.
PENCAPAIAN
    1. 1.   Disokong oleh International Camping Fellowship

    1. 2.   Merupakan Pusat Latihan Orienteering mengikut spesifikasi International Orienteering Federation

  1. 3.   Rakan kolaborasi Politeknik Sultan Idris Shah

PERKHIDMATAN
  1. Penempatan Kem Latihan dan Rekreasi
  2. Katering
  3. Modul korporat seperti Team Building, Training Need Analysis dan SWOT
  4. Pengurusan acara dengan kadar harga terendah bagi program sekolah (motivasi, kepimpinan, kem kerohanian dan sebagainya)