• Jangan Minum Berdiri

Nabi menggalakkan kita untuk minum dengan keadaan duduk. Ini kerana dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk dihadam oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak dapat disaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer akan terus masuk ke pundi kencing dan boleh menyebabkan penyakit batu karang.

  • Jangan Minum Air Minuman Yang Panas

Nabi juga melarang meniup air minuman yang panas. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida ( CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air minuman maka CO2 itu akan larut di dalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang menyebabkan penyakit jantung dan masalah perut tidak selesa.

  • Mandi Sebelum Waktu Subuh

Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

  • Jangan Makan Berselang-seli Dengan Minum Air

Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.