5 aktiviti menarik di Pulau Tioman.

Pulau Tioman merupakan sebuah tempat unik yang pulaunya berbentuk titisan-air mata. Ia terletak kira-kira 58 kilometer di pantai timur Semenanjung Malaysia, di dalam Laut China Selatan. Pulau Tioman juga adalah pulau yang terletak di negeri Pahang ini walaupun kecil dengan hanya berkepanjangan 20 km dan berkelebaran 12 km, tarikan yang ditawarkannya sangat luar biasa.

Pulau Tioman pernah dinobatkan sebagai pulau yang tercantik di dunia. Pulau ini adalah antara pulau yang terawal dibangunkan kerajaan sebagai pusat pelancongan.

Antaranya ialah meneroka hutan di Pulau Tioman. Selain fokus pada laut, Pulau Tioman juga terkenal dengan aktiviti memanjat hutan. Terdapat beberapa laluan yang akan di cadangkan kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti ini antaranya ialah Laluan Mukut-Asah (2km), Laluan Mukut-Twin Peak (4km) dan Laluan Air Batang-Saloang (8km). Selain itu, Laluan Tekek-Juara yang menghubungkan pantai Timur dan Barat pulau tersebut.

Seketika itu, aktiviti lain pula ialah pengunjung boleh meneroka air terjun yang terdapat di Pulau Tioman. Di pulau ini terdapat beberapa buah air terjun semulajadi yang mempersona. Air Terjun Asah adalah yang terbesar. Ia sungguh unik kerana air mengalir turun ke kolam berbatu di bawahnya. Dari kampung Mukut atau Kampung Asah memakan masa selama 20 minit untuk sampai ke air terjun ini.

Kemudian, Pulau Tioman ini diliputi oleh hutan hujan tropika berbukit yang masih dara yang mana dihiasi dengan flora dan fauna yang menakjubkan. Tumbuh-tumbuhan yang padat dan subur ini adalah habitat kepada spesis-spesis terlindung seperti pelanduk, kongkang, musang binturung, beruk ekor panjang, tupai gergasi, landak, reptilia dan amfibia. 141 spesis terbang iaitu burung terdapat disini bagi pencinta burung membawa kamera masing-masing untuk dilihat.

Akhir sekali, aktiviti utama yang menjadi tarikan di Pulau Tioman adalah aktiviti Snorkeling dan Skuba. Para pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti aktiviti ini. Tapak selaman seperti Chebah dan Magicienne Rock merupakan lokasi popular di kalangan penyelam professional. Sudah pasti pengunjung berasa takjub melihat depan mata binatang rare seperti Jerung Terubu Karang, Barakuda , Pari Kola yang besar, Jerung Paus dan Penyu.