5 etika perkhemahan yang perlu diikuti ketika berkhemah.

Perkhemahan adalah salah satu aktiviti yang sesuai untuk team building mahupun aktiviti bersama keluarga ketika bercuti. Khemah atau juga dengan maksud lain adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas. Penting untuk kita cakna tentang etika perkhemahan walau di mana-mana kawasan atau persekitaran sekali pun. Terdapat beberapa etika perkhemahan yang perlu kita tekankan untuk mengelakkan perkara yang tidak selamat daripada berlaku.

Etika 1

Antara etika yang perlu diterapkan semasa melakukan aktiviti perkhemahan ialah peserta dilarang membuat kotor di kawasan perkhemahan. Terutamanya jika peserta berkhemah di kawasan hutan.

Etika 2

Kotoran makanan akan menarik perhatian binatang-binatang buas untuk datang menghampiri kawasan perkhemahan.

Etika 3

Selain itu, peserta juga dilarang untuk merosakkan alam semulajadi. Jangan sewenang-wenangnya memetik, mengutip, menorah dan sebagainya terhadap flora dan fauna di sekitar tapak perkhemahan.

Etika 4

Seringkali program perkhemahan ini diadakan di penempatan yang jauh dari tempat tinggal kita. Ini kerana kita akan dapat suasana yang berbeza dari persekitaran biasa kita. oleh itu, peserta hendaklah menjaga tingkah laku dan tidak mengejek adat resam sesuatu tempat tersebut. Peserta perlu menjaga sikap yang berunsur provokasi terhadap sesuatu perkara atau tempat.

Etika 5

Sehubungan itu, etika perkhemahan yang pertama adalah berkaitan dengan pemasangan unggun api untuk kegunaan memasak mahupun memanaskan badan. Jangan memasang unggun api di waktu malam berhampiran tapak perkhemahan. Ini kerana, khemah yang digunakan sangat sensitif dengan bahan api. Lilin, lighter dan alatan yang berkaitan sebaiknya digunakan jauh dari khemah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kesimpulannya, jika pergi ke tempat orang, kita perlu ikut adat resam tempat tersebut. Seperti kata pepatah “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum”. Jagalah kesopanan dan kebersihan apabila berkunjung ke luar kawasan kita. Perlu berhemah dan berhati-hati dalam bertutur kata dan juga perlakuan. Inilah dia kelima-lima etika perkhemahan yang sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada semua.