Pakej percutian keluarga di Asiacamp Resort Taman Negara Pahang.

Pakej percutian keluarga adalah pakej yang dinantikan sekeluarga setiap tahun. Setahun sekali, adalah menjadi tradisi keluarga berjalan-jalan. Jom bawa anak-anak ke Taman Negara.

Taman Negara terletak di Kuala Tahan, Pahang. Asiacamp Taman Negara menyediakan pelbagai jenis pakej termasuk pakej bersama-sama dengan alam semulajadi seperti lawatan Lata Berkoh dan lawatan Orang Asli Bateq. Asiacamp Taman Negara boleh menerima 254 orang peserta dalam satu masa.

Terdapat 58 chalet dan 2 bilik untuk aktiviti survival. Selain itu, Asiacamp Taman Negara juga mempunyai dewan seminar yang berkapasiti lebih dari 300 orang untuk masuk. Asiacamp Taman Negara bukan sahaja untuk bercuti malah sekiranya ingin membuat program team building juga digalakkan.

Kedudukan strategik juga menjadi salah satu kelebihan kepada Asiacamp Taman Negara. Asiacamp Taman Negara berapa di dalam zon yang sudah dikenalpasti oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN).

Asiacamp Taman Negara terletak bersebelahan Sungai Tembeling dan Banjaran Titiwangsa. Sekiranya peserta bernasib baik, peserta akan dapat melihat gajah lalu dan bermain di Sungai Tembeling tersebut.

Sepanjang musim COVID19 ini, Resort Asiacamp Taman Negara membuat pakej percutian murah untuk mereka yang ingin bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Harga sebenar pakej adalah RM300 sehingga RM500 tetapi sepanjang norma baru ini, pihak Asiacamp Resort Taman Negara memberi harga promosi serendah RM50 sahaja. Chalet yang akan diberikan adalah chalet yang ekslusif, terdapat aircond, air panas, dan bilik yang luas.

Dengan memilih pakej ini, pihak Asiacamp Resort Taman Negara menyediakan aktiviti dan lawatan yang menarik kepada pelanggan. Antara tempat yang menarik di Asiacamp Resort Taman Negara adalah Jambatan Gantung, melawat dan bermain air bersama Ikan Kelah di Sungai Jernih, berpeluang mengetahui kehidupan sebenar orang asli di hutan, aktiviti dan pembelajaran mengenai membuat api tanpa menggunakan alat moden, menaiki bot laju di sungai dan sebagainya.

Selain daripada aktiviti dalam pakej, pelanggan juga bebsa untuk keluar dan menikmati aktiviti lain yang terdapat di beberapa resort lain. Pada setiap hari Rabu, pelanggan boleh pergi ke Pasar Malam yang panjang di hadapan pintu pagar Asiacamp Resort Taman Negara. Akhir kata, dengan pakej yang murah ini terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dapat dilakukan ni Asiacamp Resort Taman Negara.

Maka, berbaloi ke tak berbaloi? Semestinya sangat berbaloi.

Hubungi 012-6584456 untuk maklumat lanjut