Terima kasih pihak AsiaCamp ucapkan kepada semua pelajar latihan industri dari UPSI. Latihan industri yang dialami oleh pelajar akan sangat membantu operasi kami dan pada masa yang sama, pelajar dapat merasai kehidupan sebenar berada di industri.

Berikut adalah laporan ringkas yang telah disiapkan oleh salah seorang pelajar latihan industri:

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Dalam konteks ini, Latihaan Industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia oleh Ijazah Sarjana Muda, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Latihan industri adalah satu syarat wajib bagi semua pelajar Diploma dan Sarjana Muda dari program yang terlibat bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma dan Latihan industri ini dilakukan secara sepenuh masa. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih firma yang dikehendakinya untuk menjalani  Latihan Industri.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Para pelajar yang mengambil walau apa jua kursus di Universiti Pendidikan Sultan Idris perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 5 bulan lebih. Selain itu, Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda daripada Kementerian Pengajian Tinggi . Setiap pelajar dikehendaki lulus latihan industri sebelum diiktiraf untuk memasuki semester seterusnya . Antara objektif utama latihan industri ini wujud termasuklah :

  • Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
  • Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma tersebut.
  • Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi semasa latihan industri dijalankan dan di masa akan datang.
  • Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas tamat pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris kelak.
  • Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak universiti seperti menyediakan buku laporan industri.

 

LATAR BELAKANG

Asia Camp adalah kem latihan dan rekreasi yang berkonsepkan aktiviti eko-resort & pembinaan pasukan. Malahan, kem ini beroperasi di tengah tengah Semenanjung Malaysia yang dinamakan Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Asia Camp juga terletak bersebelahan dengan Strip bukit Sungai Selangor dan Titiwangsa Range. Di samping itu, Asia Camp juga mempunyai sistem pengurusan yang unik dan terperinci. Hal yang demikian kerana ia bersedia menerima 1000 peserta pada satu – satu masa, dengan 36 unit asrama dan 20 unit chalet. Kapasiti dewan seminar di Asia Camp juga boleh menampung sehingga 1000 orang. Segala aktiviti boleh diteruskan walaupun dalam keadaan hujan.

Malahan, Asia camp telah ditubuhkan pada 11 Februari 2015 yang pada mulanya dikenali sebagai Kem Alang Sedayu yang beroperasi di Batu 12 ¾, Jalan Bentong Lama, Alang Sedayu, Gombak, Selangor, Malaysia. Sedayu Team terus melaksanakan fungsinya sebagai sebuah kem yang melatih peserta-peserta dengan skop yang tertentu bergantung kepada program tersebut serta membantu peserta-peserta yang menyertai kem ini untuk membina keyakinan diri mereka dengan memberi motivasi dengan cara-cara tertentu oleh jurulatih yang ditugaskan dalam program tersebut.

Selain itu, fasilitator di Asia Camp adalah berkelayakan dari Dana Pembangunan Sumber Manusia, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Asia Camp juga mengamalkan Sistem Pengurusan Penilaian Risiko dan Prosedur Operasi Standart untuk memastikan setiap program berjalan dengan selamat. Malahan, dari susdut kemudahan aktiviti luar, Asia Camp telah menyediakan beberapa aktiviti seperti aktiviti water rafting, Adventurous activity, flying fox, abseiling, river floating, team building, family day, orienteering dan pengalaman “ kem rekreasi”. Di samping itu, dari sudut aktiviti kerja dalam berkumpulan yang dilaksanakan, objektif kem ini adalah untuk membina kepercayaan, mengurangkan konflik, menggalakkan komunikasi, dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan peserta yang mengikuti program. Membina pasukan yang berkesan bermakna lebih ramai pekerja yang terlibat, yang baik untuk budaya syarikat dan meingkatkan prestasi syarikat.

Asia Camp menyediakan visi dan misi organisasi yang terkemuka. Asia Camp juga menumpukan kepada keperluan organisasi dan keperluan individu untuk memaksimumkan pencapaian dan moral setiap ahli pasukan.

LOKASI ASIA CAMP

Lokasi Asia Camp berada di alamat Jalan Ampang Pechah, Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor, Malaysia

MISI DAN VISI ASIACAMP

Misi : Menggalakkan peningkatan kepimpinan, semangat berpasukan ketika bekerja dalam kumpulan, keyakinan diri dan keberanian diri.

Visi : Menjadi sebuah kem yang terkenal dengan memberi impak positif yang besar terhadap peserta-peserta yang menyertai program di Asia Camp.

 

AKTIVITI ORGANISASI

  • Abseiling

Aktiviti tali tinggi yang menggunakan peralatan 5H iaitu, “helmet”, “harness”, “handgloves”, “hardware”, “hoofs”. Aktiviti ini khas untuk peserta-peserta yang gentarkan ketinggian dengan meyakinkan peserta dengan peralatan yang disediakan untuk aktiviti tersebut.

 

  • Orienteering

Sukan kompetitif di mana peserta mencari jalan ke pelbagai “checkpoint” dengan bantuan peta dan kompas, pemenang adalah yang mengambil masa yang paling sedikit untuk sampai ke “checkpoint” terakhir.

  • Simpulan dan ikatan

Aktiviti mempelajari tentang ikatan dan simpulan yang boleh diterapkan di dalam kehidupan seharian dan untuk tujuan menyelamat. Ikatan dan simpulan asas yang akan dipelajari ialah:

 

  • “Clove Hitch”
  • “Thumb Knot”
  • “Reef Knot”
  • “Half Hitch”
  • “Figure of Eight”
  • “Figure of Eight on the Bight”
  • “Pulsit Knot”
  • “Highway Man Hitch”
  • “Klem Heist”
  • “Fisherman Bend”
  • “Double Fisherman Bend”
  • “Butterfly”
WhatsApp chat