Risau untuk memilih kem motivasi yang selamat? Ini 5 panduan memilih.

Ini adalah panduan memilih program kem motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi terkenal iaitu Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Panduan beliau sedikit sebanyak dapat memberi buah fikiran dan panduan kepada kita.

Mengikut Dr Tengku Asmadi beliau menyatakan bahawa nama besar sesuai kem motivasi tersebut tidak menilaikan jaminan dan memberi impak maksima. Ramai yang terjebak apabila individu yang ada nama besar menjalankan motivasi. Memberi motivasi kepada orang ramai tidak sama dengan penceramah luar 2/3 jam memberi ceramah. Seseorang yang tiada pengalaman dalam bidang latihan tidak akan mampu mengendalikan kem motivasi dengan berkesan.

Seterusnya, ramai yang akan memepersoalkan tentang bayaran yuran yang akan dikenakan. Ramai yang berkira dan mempertikaikan untuk membayar yuran penyertaan. Untuk mengelakkan daripada kerugian kepada individu tersebut, perlu untuk membuat kajian terlebih dahulu. Yuran adalah sesuatu yang subjektif. Tiada satu garis panduan untuk yuran kerana yuran itu bergantung kepada pengalaman dan kelulusan akademik motivator dan juga kos-kos yang ditanggung seperti modul, bahan, makan minum dan sebagainya.

Kemudian, Dr Tengu Asmadi menyatakan bahawa ibu bapa perlu faham objektif program motivasi yang bakal anak-anak mereka pergi. Ramai ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka berubah selepas pergi ke kem motivasi. Sebelum meletakkan harapan yang tinggi, ibu bapa perlu faham terlebih dahulu objektif kem motivasi tersebut.

Selain dari memahami objektif program, ibu bapa juga perlu mengenalpasti pengisian dan aktiviti yang akal dijalankan haruslah menepati dan berunsurkan syariah islam. Yang menekankan dan mengutamakan ibadah solat, menjaga batas lelaki dan perempuan dan tidak berunsurkan kehidupan negara barat.

Akhir sekali, sebelum menghantar anak-anak ke sesuatu program motivasi, ibu bapa digalakkan untuk tengok testimoni dan pengalaman orang lain. Pilihlah kem motivasi yang mendapat komen dan mempunyai rekod yang baik.  Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memilih kem motivasi yang terbaik untuk anak-anak mereka.