Pengalaman bercuti ke Pulau Tioman dengan keluarga.

Umpama Maldives.

Berdasarkan pengalaman Puan Hana Hanis di dalam blognya, beliau menyatakan Pulau Tioman seakan berada di kepulauan Maldives. Puan Hana dan keluarga sudah beberapa kali pergi ke Pualau Tioman mengikut suaminya yang gemar melakukan aktiviti scuba diving. Setiap kali pergi ke Pulau Tioman, Puan Hana akan menginap di pelbagai kampong yang ada di sana. Menurut Puan Hana, Kampung Juara adalah antara kawasan yang paling cantik di Pulau Tioman. Jeti akan berhenti di pelbagai kampong untuk kita menginap. Ada pelbagai kampong di Pulau Tioman dan setiap kampong mempunyai keunikan sendiri.

Di dalam blognya kali ini, Puan Hana menceritakan pengalaman beliau bercuti ni Kampung Juara. Puan Hana stay di Juara Beach Resort dimana sangat sesuai untuk mereka yang mencari tempat romantic untuk berbulan madu. Terdapat pelbagai aktiviti di resort tersebut antaranya scuba diving, snorkeling & KTV.

Ke Kampung Juara

Kalau nak ke Kampung Juara, kita perlu berhenti dulu di Jeti Kampung Tekek. Selepas itu, sewa kereta untuk hantar ke Kampung Juara. Untuk ke Kampung Juara, perlu untuk kita merentas hutan Pulau Tioman terlebih dahulu. Kampung Juara ini letaknya di sebalik Pulau Tioman, maksudnya bukan berhadapan dengan semenanjung Malaysia tetapi menghadap laut cina selatan. Nak sampai ke Kampung Juara memang perlu redah hutan tapi jangan risau jalan semua berturap.

Walaupun sedikit mencabar tetapi sangat fun kata Puan Hana. Dapat dengar bunyi unggasrimba dan burung hutan. Pelancong asing gemar hiking meredah hutan selain dari menaiki kereta ke Kampung Juara. Selepas selesai meredah hutan, kalian akan terpesona dengan kecantikan pantai di Kampung Juara. Biru air laut yang menenangkan disaluti dengan pasir putih yang halus terus membuatkan Puan Hana terdetik “rupanya ada pantai seindah Pulau Maldives di Malaysia ini”.

Chalet yang berhampiran dengan pantai. Tak sampai 30 meter, turun saja kaki dah rasa pasir laut yang gebu itu. Sekali sekala melepaskan lelah didada. Menenangkan jiwa di tempat yang sebegini. Sangat menyeronokkan