AsiaCamp Team Building 3 Days 2 Nights

 

Apa kelebihan kami?

  1. Latihan bercorak “challenge by choice” : Kami tidak memaksa peserta untuk melakukan aktiviti, tetapi dengan pendekatan “fun learning” yang bercorak pelajaran ke arah pengalaman, program yang dilaksanakan mampu membina kepercayaan, memindahkan konflik kepada peluang untuk saling memahami dan meningkatkan kerjasama.  Program pembinaan pasukan bukanlah program yang mencorakkan ilmu, tetapi ianya mencorakkan etika dan pentingkan pasukan lebih dari diri sendiri. Ianya adalah semangat, bukan teori semata-mata.
  2. Latihan berkonsep “outdoor” : Ramai yang kata, team building cukup dengan “game” yang menyeronokan.  Peserta pergi dan pulang dengan rasa gembira. Di AsiaCamp, ianya lebih dari itu. Ya, asas membina pasukan bagi kami adalah untuk mencipta masa santai bersama dan berkongsi pengalaman pada situasi yang sama. Apa yang lebih penting untuk anda sebagai “organizer” tahu bahawa elemen keluar dari zon selesa adalah harga yang sudah cukup mahal untuk peserta menaikkan moral kumpulan sekaligus mencipta jaringan yang kuat dalam pasukan.

Objektif program:

Di akhir program ini, kami akan mendedahkan bahawa:

  1. Setiap orang dalam pasukan faham bahawa masalah tidak boleh dielakkan, tetapi ianya boleh diuruskan dengan lebih baik apabila mereka menjiwai kepentingan berlapang dada sebagai ahli pasukan.
  2. Lontaran idea peribadi sangat diperlukan oleh pasukan. biarpun ia tidak diterima, ianya akan menjadi pemudah dalam pasukan memilih keputusan yang lebih tepat dari yang tepat.
  3. Pentingnya menjaga moral pasukan dengan keperluan melepasi halangan adalah lebih penting dari kepentingan diri.