2  jeti ke Pulau Tioman.

Terdapat 2 cara untuk pengunjung datang ke Pulau Tioman.

Pengunjung boleh ke Pulau Tioman dengan menaiki feri daripada Jeti Mersing Johor dan juga Jeti Tanjung Gemok, Kuala Romping, Pahang. Jika anda menaiki bas, lebih sesuai untuk anda menggunakan Jeti Mersing, dan sekiranya anda menaiki kereta, lebih sesuai menggunakan Jeti Tanjung Gemok.

Disini saya ulaskan sedikit cara untuk ke Pulau Tioman dari Jeti Mersing. Anda digalakkan untuk menaiki bas ke Jeti Mersing, terminal bas hanyalah 10 minit daripada Jeti Mersing. Selepas itu, perjalanan mengambil masa 1 jam setengah hingga 2 jam perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman menaiki feri. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan dan turun ke Terminal Bas Mersing.

Masa yang diambil bagi mereka yang menaiki bas dari Kuala Lumpur adalah sekitar 4 jam. Jika anda dari Johor, anda akan bertolak menggunakan Terminal Bas Larkin dan memakan masa hanya 2 jam setengah hingga 3 jam perjalanan sahaja. Anda juga boleh menaiki kapal terbang (Senai) dan ambil teksi pergi ke Jeti Mersing. Anggaran perjalanannya adalah 2 jam. Jangan lupa menyediakan peruntukan sebanyak RM15 semalam untuk kos parking sebelum bertolak dari jeti.

Seterusnya, sekiranya anda dari Kuala Lumpur, jeti yang paling dekat adalah Jeti Tanjung Gemok dan anda boleh menggunakan lebuhraya pantai timur. Jika anda menggunakan lebuhraya pantai timur, anggaran masa perjalanan sekitar 4 jam, manakala kaau anda menggunakan lebuhraya PLUS, anggaran masa perjalanan anda adalah 3 jam setengah. Tempat parking kereta kakan disediakan dengan kadar RM12 sehari.

Sampai di jeti mersing atau tanjung gemok anda perlu pergi ke kaunter untuk membeli tiket. Anda harus mengatur perjalanan anda dengan baik, ini kerana kemungkinan bila anda sampai ke jeti untuk membeli tiket, tiket sudah habis. Perlu kenalpasti jadual perjalanan feri kerana feri bergerak bergantung pada air pasang surut.